Focus lebih dekat..memang sedap betol.. terangkat!!!
Masing2 tak sabar menunggu kambing siap di bakar...
Ini pon kambing jugak tapi menggunakan periuk utk di bakar
Mummy x lepas peluang utk membzkan diri.. ngeh3x..
Api makin marak nmpknya..
Menu ke2.. Kak ros tengah dok bakaq ikan kembong..
Harus focus lebih dekat.. hehehe
Mummy plak menunjukkan skill2 membakar daging kambing..
Tak sabar nak mkn nih..
uuuuuu... panas... (dengan mulut yg muncung mcm ellesya)
Mummy coba memotong daging kambing untuk lebih garing..
Ni la kawan mummy 'fea' yang sama2 siang ikan di awal pagi td...
Semua sudah tersedia.. tunggu semua berkumpul sebelum acara mkn2 bermula..
Sapa ja yg lalu pasti akan 'menjeling2'.. hehehehe
Ucapan dari my bos (no 3 dari kanan)
Ucapan dr Bos Unit SAF (paling kiri skali)
Masa ditunggu sudah tiba... wow.. makan time!!
Pinggan mummy yg sebelah kanan.. rasa kambing bakaq dulu.. klau campur2 x sedap kan.. pinggan sebelah kiri tue kak fauziah punya...
Antara menu2 yang tersedia..
1. Kambing + ikan Bakar 2. Nasi himpit + kuah kacang
3. Lemang + ketupat + rendang ayam 4. Roti jala + kari ayam
5. Seri Muka + Puding Butter 6. Bihun Singapore
7. Aiq Sirap + tea tarik + kopi panas 8. kerepek bawang
Semua dah kenyang.. seisi kemas mengemas
PUDING BUTTER
Mummy pon bawak makanan jugak.. ini lah dia...
Atas permintaan My friend Eb & El recipinya adalah
Bahan2nya : 1 paket agar2, Gula, 4 biji telur, serbuk koko, 1 tin Susu Cair, Butter, Esen Vanilla
Mula2 masak agak2 bersama air macam biasa.. bila agar2 dah hancur, masukkan gula semanis gula hehehhe... ikut rasa masing2 k..
Sementara nak tunggu agar2 siap direbus.. blend butter + telur + esen vanila + susu cair.. bila agar2 dah hancur sepenuhnya & cukup kemanisannya perlahankan api dan masukkan bahan2 yang telah di blend tadi..
Kacau sehingga permukaan nmpk berkilat.. lebih kurang 3 4 minit jerr jgn sampai campuran tadi berketol2.. tutup api & asingkan kepada 2 bahgian.. Ambil suku dari campuran ni dan di campukan dengan serbuk koko.
Sendukkan kedalam loyang berselang seli dalam 1 arah tuang sahaja (mummy suka tuang di bahgian tengah)
Bila dipotong.. dapat la bentuk ni ha.. (marble).. Kalau nak tambah sedap letakkan kek ker biskut ke di bhgn bawah sebelum masukkan puding.. Warna pon boleh tukaq ikut citarasa masing2 yerr... Selamat mencuba..