Monday, March 10, 2014

donut simple & gebu

assalamualaikum..... 
autopublish 

dah lama nureen wat donut ni
tapi sbb dh x der apa nak update
so jom kongsi recipi.. hehehe


Bahan-bahan 
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)


Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih). 

Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai terpulang citarasa masing2 kan
nureen suka buat bulat2 mcm ni, wat kecik2 ja skali masuk mulut dah ngap hahhaa

Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.

Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)

Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula castor atau topping kegemaran anda.

recipi ni nureen ambik dr blogger kak azie...
bleh la mencuba...


___________________________________________________________________________________
jom singgah


9 comments:

syawalsimpsons said...

boleh try ni

dear anies said...

ada belen lg x nureen? ;-)

wantie said...

ni kalau buat masa sambutan b'day anak anak memang best. buat kecik kecik gini senang dorang nak makan kan..

Rizziela said...

anak2 saya pun suka makan donut

Khairul Bariah said...

donat bulat-bulat...comel, senang ank2 nk mkn
sy dtg dr segmen giveaway blog cahaya hidupku dan follow sini
http://sweetmemories4u.blogspot.com/

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

gebus nie..
nnti buat ak nk rasa..hehe

Unknown said...

buat untuk minum petang mmg layan nih~

shark said...

aku suka donut..tp bli la kat starbucks paling sedap n lembut..
kalo buat ntah jadi ntah tidak..mueheheheh..
hg try jadi ke tidak?

LYAfrina said...

mmg nmpak sedap ni..lagi2 mkn panas2.. nanti nk rajin2 gak la buat kuih2 camni

COCONUT SHAKE KLEBANG, MELAKA

assalamualaikum.....  moga ada rezqi lagi..  bye... _________________________________________________________________________________ ...