assalamualaikum.....
pagi ni nak share ckit pasal bahaya sukan d waktu malam
KUALA LUMPUR – Awas bagi mereka yang gemar bersukan pada waktu malam kerana tanpa disedari anda mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung.
Aktiviti bersukan seperti bermain futsal, badminton dan beriadah di gimnasium di waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa bekerja sebenarnya boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.
Difahamkan, aktiviti tersebut yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.
Menurut pakar perunding perubatan terkenal, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad , secara purata seseorang menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat.
Katanya, aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan.
“Kita memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekali gus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung.
“Bukan tidak boleh bersukan waktu malam, tetapi biarlah sukan yang ringan serta tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti berenang dan berjoging,” katanya.
buat suamiku tersayang....
bersukanlah di waktu siang :)
jom join emir berjoging... hehe
___________________________________________________________________________________
jom singgah
13 comments:
baru anum tau
boleh je nak bersukan kata doc tu tp pandai uruskan..bersukan yg ringan2..rs lau yg berat2 tu yg boleh memudaratkan
Hb aq pon suka bsukan time mlm..tu jer ms yg dia ada utk diri dia..ekeke
en asbeen suke sukan time petang lepas keje...sekali harung penat katanya...jemah pon sama...malam idok kot...spend time bersama keluarga yg penting kan
siang jarang bersukan apatah lagi malam..hehe... :)
ada bc org share psl ni kt fb..bahaya gk kn saper yg suka bersukan mlm
**hubbyku tk kena operate just xray je
a..ah.. hari tu ustaz kazim elias tu ckp kalau org kencing manis tak boleh berjogging/bersukan di waktu pagi. sebab akan meningkatkan insulin dalam badan. so dorang sesuai bersukan di waktu malam le kot kan..
tu la.. boleh bersukan tapi kena tengok kesihatan diri. jangan main hentam kromo je
Emm bahaya ye... tapi masa malam lah free pun... huhu...
Zura pon ade terbaca kat paper semalam. terkejut gak memula tuh, sbb hubby zura pon suka main futsal waktu malam.
mungkin sesekali boleh kot...tp bukan setiap mlm..
jgn kerap la kan..
bersukan ringan tk per kot...
ada bc psl ni kt fb..
jangan kata sukan waktu malam..
waktu siang pun malas..
wakakakakk ;p
if seharian kerja dalam econd dan xberat macam keje opis yang xbanyak kuar peluh. adekah xdisyorkan juga bersukan waktu malam?..konfius..
Post a Comment