Wednesday, July 24, 2013

simple & sedap

assalamualaikum
autopublish

bulan ramadhan ni nureen mmg lebih suka masak dr beli lauk kat param
alhamdulillah setakat hari ni, ari2 mmg nureen masak
sbbnyerr, last year x silap, beli lauk nak berbuka
tetiba boleh basi plak.. huhuu

slalunya asben juz belikan air @ kuih je
so.....menu yg simple & sedap ni la yg nureen akan google ari2 sebelum balik keja
hehehe
sebabnya, masa yg terhad utk memasak
walaupon nureen 4:30ptg dh balik
tapi bila di dapur kan, emir suka nak tolong skali
tu slalu jadi lambat, hihihiii 

nureen ambik recipi ni dari HANA
tapi bahan2 dia jer lain ckit
ikut suka jer nak tarok byk mana pon
nureen main campak jerr :)

Bahan-bahan

 udang segar
bwg merah 
 bwg putih
bwg besar
2 btg serai - dititik
beberapa helai daun limau purut
5 biji cili padi - ditumbuk @ diketuk
brokoli, kacang buncis,carrot dan jagung muda
(sayur2 ni, terpulang nak tarok sayur apa pon)
sedikit pes cili, sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
secubit garam

Cara-cara
1. Panaskan kuali.
2. Tumis bawang merah, bwg putih dan pes cili, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis serta udang. Biarkan mendidih sekejap. klau nak mskkan sedikit air pon boleh
4. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar
6. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

recipi dari norlie

Bahan-bahan 

 sotong ( dipotong bulat2)
 tomato ( dipotong dadu)
(nureen beli tomato yg kecik2 tu, belah 2 jerr)
 cili api ( dipotong nipis)
 bawang besar ( dipotong nipis)
 serai ( dipotong nipis)
 daun ketumbar ( dipotong nipis)
 kacang buncis ( dipotong nipis)
(nak tarok kacang panjang pon boleh)
sos ikan @ sos sotong
secubit garam
secubit gula
2 biji limau nipis ( diambil jus nye)

Cara-cara

1. rebus sotong sehingga masak. angkat dan tuskan airnya
2. satukan semua bahan yg dipotong nipis ke dalam satu bekas.
3. masukkan sotong, garam dan gula kedalam bekas tadi.
4. perah limau nipis & masukkan sos sotong @ ikan, gaul & siap

kuah agak kering la hehehe
 recipi dr KAK NOOR
Bahan-bahan

 ikan siakap
garam & Tepung jagung untuk dilumur pada ikan


Untuk Kuah:
bawang besar - dipotong dadu
bawang putih
cili padi
 halia - dihiris halus
tomato
Kiub nanas - beli yang siap ditinkan
sos tomato
sos cili
sos tiram
batang serai - dititik
Beberapa helai daun limau purut
Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1.  Ikan dibersihkan dan ditoskan
2.  lumur ikan dengan tepung jagung & garam. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4.  Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.
5.  Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan. Kacau sebentar.
6.  Masukkan bawang besar, tomato, nenas
7.  Masukkan air sedikit. Tambahkan garam dan gula
8.  Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang.

paling simple

bahan
agar-agar
gula
susu cair
1 tin laici buah
air

didihkan agar2 ngan air sampai agar2 hancur
masukkan gula
dah mendidh perlahankan api sedikit
masukkan air laici & susu cair
kacau & siap

dalam dulang, taburkan buah laici yg siap dibelah 4
terpulang nak letak sebijik2 pon boleh
tuang jer agar2 yg dh masak tadi
biar sejuk, masukkan dlm  petiice klau nk mkn sejuk & dah boleh dipotong :)

kan simple yerr...
nak buat tu kejap jer... nureen slalu start masak pkl 5:30ptg
ituew pon klau emir mau duduk
kalu x, ulang alik lerr dr dapor ke depan hehhe
yg bleh siap dlm 1/2jam jer bleh jd sejam lebih.. hahha

__________________________________________________
jom singgah


17 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

lieyalatif said...

fuh..dasat menu2 nureen...semua nampak sedap2 hah...

same laa mcm lieya, penah tekena beli murtabak basi terus rase sedih...baik le masak sendiri...nak beli kuih pun pilih2 tgk tempat...

mama lieyna said...

Eina pu masak je tahun ni, walau terkdg sampai umah dh 630pm, dh pesan anak buah kuarkan lauk pauk dulu, rendam air, dia smpai umah dlm 530..sempat la lauk tu mencair...

Klu sesekali ke param pun beli benda lain selain laukpauk..

Selamat memasak utk hari ni, menu best2 gak kt atas tu.. :-)

Dzil Khadeeja said...

kerabu stong tu sedapnya...terlio hoke.. =')

wahida said...

aku pun masak nok balik keje, tapi bukan main bersilat kat dapur tu sbb sampai rumah dlm kul 6.30 gitu...

aku serik beli kat param bukan sbb apa, sbb mahal!! huhu...sudahnya beli kuih je la kalau ke param tu...lauk semua aku masak sendiri...

el said...

time keje ni masak yg ringkas2 je..tgu wikend ke cuti2 ke leh lah msk special..
aku suka masak 1 2 jam nak berbuka..sbb leka kejap hehe

Kasih Damia said...

sedaynye wei...
da la duk tingin nak mkn kerabu sotong ni...terliur

Imah Dinor said...

wah sama la kita nureen..imah pun masak jugak tahun ni..masak lauk simple2 gak ..janji sedap kn..klu beli pun kueh n air jer...klu krj pg kuar krj kul 5.50..cik somi jemput merempit smp le kul 6.10..dlm masa 1jam suma settle he...sedap suma resipi nureen..

eima said...

suka makan nasi ek time berbuka ...
kite seb baik jenis mkn simple ringan je berbuka ... mee gitu ..senang sikit dari nk masuk lauk huhu

Qhaifa Nur said...

suka paprik tu...
samalah dengan kak nur baik masak dari beli..

Syima ~Mama Kyra~ said...

Sama la kita so far masak xpnh kg beli kat param. Lg selera mkn masakan sendiri kan..nnt nk try wat agar2 laici la :)

Nafira usof said...

sedapnye puding tuh~

wantie said...

ka t suka masak last minit. sebab bila dah selesai masak. terus boleh makan. hahaha...


Khai♥Rin : anies said...

alamak..ada bahan yg masih lg melekat dlm peti ais tu. ada yg da abis..kalu x bleh buat paprik udang tu

Lily@MamaZaraZareef said...

wahhh..nampak menarik sume resipi..bagusnye hari2 masak..saya baru dua kali masak time bln pose ni..kerja 12 jam so susah sket nk masak klu hari kerja..klu cuti plak kadang2 tu rasa nk berjalan so terus berbuka kat luar sekali..hihi

~MommyAida~ said...

Rajinnya Nureen masak..kalao Aida,mmg tak sempat nak masak..beli lauk kat PARAM je la jawabnya..huhuh

kayyana said...

tq nureen.. yana da tau da masak ape utk iftar malam ni.. hehehe

Labels

1st avenue (1) abah (1) ahlam (2) aidilAdha (2) air nyoq (2) amal (4) anmum (1) anniversary (8) aquarium (2) asyura (2) Ayam Penyet (1) bandung (1) banjir kilat (1) baskin robin (1) BBQ (1) bertunang (1) besday (35) bff (1) bff ellesya (2) bilik idaman (1) biskut raya (2) bkt bendera (2) blogger (14) buah2 tempatan (1) cake (3) calendar family (1) cameron highland (10) cga (65) char koay teaw (1) chef daddy (4) chicken rice shop (3) coffee bean (4) cokodok pisang (1) copthorne orchid (1) cycling (1) daddy (13) daddy & mummy (1) Dave Deli (4) dinner (3) doa (2) eb (2) election (1) ellesya (149) ellesya & syasya (1) ellesya adrian daniel (2) ellesya daddy (6) ellesya dan emir (58) ellesya dan mummy (2) ellesya dan zara (1) ellesya emir adrian daniel (2) ellesya emir adrian daniel zara (1) ellesya emir adrian daniel zara haziq (1) ellesya emir daddy (9) ellesya emir daddy eshal (1) ellesya emir eshal (8) ellesya emir mummy (2) ellesya emir zara (2) emir (37) emir amal (3) emir amal zara daniel (1) emir dan daddy (4) end of year (1) eshal (2) family (18) family day (4) ferry (3) fever (1) FLAMINGO BEACH (4) fraser hill (1) friendz (3) fullhouse (3) funfair (1) GA (2) game (1) good news (1) Gurney Plaza (2) haagen dazs (6) hadiah (4) haiwan peliharaan (1) haji (6) haziq (1) header (2) hello kitty (1) hiking (1) HOPE CHILDREN (5) hotspring (5) icc (3) ikan bakar (2) info (2) Ipoh (9) j-co & coffee (3) jamboree (1) Jordan (1) junior (4) kampung (26) kashmir (2) kenny rogers (5) kereta (3) khazanah (1) kidland (1) komtar (1) konvokesyen (1) Langkawi (5) make up (1) manhattan fish market (6) maskot (1) maulidur rasul (1) MC (1) McD (4) member (6) menang CGA (3) merdeka (1) mesin basuh (1) MINDEN HEIGHT (1) mutiara kata (4) my besday (2) nasi arab (1) nasi himpit (1) netball (2) new year (3) nur cemerlang (3) nureen (1) Nuzul Al-Quran (2) old town (1) opis (2) padang kota (5) pantai (3) PC fair (1) pen mutiara (1) persekolahan ellesya (1) pisang grg cheese (1) pizza hut (3) pmc (2) potluck (2) promote (1) Pulau Aman (1) queensbay (27) rainbow paradise (6) ramadhan (11) random (10) raya (45) recipi (21) satin wrap band snood (1) secret recipi (2) serunding (1) shah alam (6) shera (1) shera daniel (1) shopping (6) shopping raya (3) siam express (4) snowwalk (1) souvenir (1) spegthhi (1) straits Quay (1) SUBWAY (3) sunnah (1) sunway carnival (1) supper (1) suprize (4) susu (2) swimming pool (1) TAG (6) tanjung asam (2) tasek (2) tasek takong (1) times square (3) TLF mag cover (1) TM (18) tok (1) toy museum (1) Tutti Fruiti (1) utk anak2 (1) warning (1) waterfall (4) wayang (3) wedding (26) western (1) ww (32) zara (5) zara amal daniel adrian (1) zoo negara (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My 1st contest!!

My 1st contest!!
31 January 2011

2nd GA " chopstik giveaway"

2nd GA " chopstik giveaway"
11 march 11

3rd "baby with uncle @ aunty giveaway"

Floater Giveaway

Floater Giveaway
30 April 2011

vacation may 2011 giveaway

vacation may 2011 giveaway
08 may 2011

hepi 4th anniversary

hepi 4th anniversary
end of may

contest : hepi besday daddy!!!

contest : hepi besday daddy!!!
end of june

2nd vacation 2011 giveaway

2nd vacation 2011 giveaway
diberitahu kelak

eyeliners raya giveaway

eyeliners raya giveaway
16 august 2011

KoreaN GiveawaY

KoreaN GiveawaY
18 dec 2011