Monday, May 19, 2014

junior in my tummy :)

assalamualaikum.....
autopublish 

junior in my tummy 5month = 20weeks :)
alhamdulillah.... alahan pon dh kurang
2bln pertama jerr... terkulai layu
semua benda x leh nak bau
makan pon x byk.. mkn kuaq balik...
skrg semakin berisi2 bambam2 g2 hehehee

masa check ni kat umah... dah 3ari lewat period

1st check up kat INS specilist
buku merah kat gomen tak buka lagi
nureen mmg akan buka 2 buku merah, gomen n priv
baru jer buka buku merah kat gomen masa baby 16mgu hehe
masa scan 3d/4d dh 14mgu
jom closeup ckit



dah cukup sifat masa 1st scan...
skrg ni dh 5bulan, baby dah mula active..
dah rasa tendangan manja2 gitu hihii
agak2 boy ka girl?
hehhee


doa amalan ibu mengandung
surah amalan ibu mengandung

Amalan Ibu Mengadung

  1. Jangan bergaduh dengan pasangan ketika mengadung bagi mengelak anak yang ganas dan panas baran.
  2. Bersedekah bagi melahirkan anak yang jiwanya lembut
  3. Elakkan mengidam benda yang pelik-pelik
  4. Ibu bapa perlulah rajin solat bagi melahirkan anak yang mudah mendapat hidayah dan petunjuk
  5. Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT
  6. Banyak berdoa kepada Allah SWT
  7. Rajin berpuasa sunat. Ibu mungkin tidak larat. So, si suami digalakkan berpuasa sunat ketika si isteri mengandung contohnya sunat isnin dan khamis
  8. Sempurnakan solat wajib dan memperbanyakkan solat sunat contohnya sunat hajat dan taubat
  9. Banyakkan zikir kepada Allah SWT. Si suami digalakkan sentiasa berzikir contohnya ketika memandu. Ini akan melahirkan anak yang kuat jiwanya, akalnya dan kuat fizikalnya.
  10. Banyakkan membaca al-Quran.
    • Surah Amalan Ibu Ketika Mengandung
  11. Banyakkan membaca buku-buku ilmiah contohnya kisah-kisah para anbia, para sahabat dan lain-lain
  12. Berbual dengan anak yang masih dalam kandungan sambil mengusap perut si ibu.
  13. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman contohnya memasak, melipat baju dan lain-lain bagi memudahkan proses melahirkan anak nanti. Dan si suami mestilah membantu si isteri melakukan kerja-kerja rumah itu
  14. Tidak terlalu tertekan atau stress setelah melihat fizikal badan yang membesar tetapi seronoklah melihat anak anda yang sedang membesar. Oleh itu, si suami kena sentiasa bersama isteri jika isteri penat, pening atau sakit.
  15. Menjaga adab dan emosi. Akhlak si suami dan isteri akan diwarisi oleh anak mereka.
  16. Makan makanan yang baik.
  17. Jauhi sifat dendam dan dengki dan sentiasa bersangka baik.
  18. Rajin mengukirkan senyuman
  19. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.
Perkara yang perlu dielakkan ketika ibu mengandung
  1. Elak mengidam makanan yang pelik dan buruk
  2. Elak makan dan minum yang haram
  3. Elak makan makanan yang berbisa contohnya pari, ikan sembilan, nenas, tapai dan lain-lain.
  4. Si suami mesti elakkan daripada melakukan perkara yang dapat menyedihkan si isteri
  5. Elak penampilan yang tidak menarik dihadapan si suami
  6. Jauhi maksiat
  7. Jauhi pertuturan yang negatif atau tidak baik
  8. Jauhi amalan khurafat

moga segalanya dipermudahkan...
amin
___________________________________________________________________________________
jom singgah

19 comments:

AnneRaini said...

Tahniah nureen...diam2 dah 5bulan ye. suka tgk org nak dpt baby ni.

Syima ~Mama Kyra~ said...

Alhamdullilah..suka dgr..smg ada rezeki yg sama utk kami jgk..Tahniah :-)

NrlAidaHml said...

Tahniah Nureen..wahh Emir dah nak jadi Abang..20 minggu dah kan..kejap je masa berlalu..kiranya bulan 9 nanti lah deliver kan..wah tak sabar nak tau gender baby..hehe..Take care dear..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tahniah Nureen.. moga anak dan ibu sentiasa sihat selalu :)

Nurul Says said...

ololo congrats

nad said...

tahniah nureen! sume berjemaah thn ni huhu...doakan kite gak ek!

Unknown said...

Tudiaaaaa... dlm zura duk debar2 pikir nak kena peknen lagi.
tetiba ade berita baik di sini.
dah 5 bulan dh yer.. diam2 jer..
tahniah Nureen~

eima said...

wahhhhhh tahniah ,.... alhamdulillah ... gembiranye aku wei ..... take care dear

syawalsimpsons said...

tahniah nureen...moga semua sihat dan selamat yee

Rozie said...

oo patutlah baru buat entry ker? hehehe Alhamdulillah tahnia Nureen... gugirl kot mesti kakak sya suka..

kayyana said...

tahniah nureen.. bestnye... take care okeh...

sue zainun said...

tahniahhhh :)take care ok

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

alhamdulillah..
tahniah sekali lg ye beb...
plan hg nak baby lagi tercapai juga...

semoga segalanya dipermudahkan..
ameen..

NEKCIK said...

alhamdulilah rezeki Allah..semuga selamat dan dipermudahkan..aamiiin

lieyalatif said...

take care n jaga diri nureen....

tak kisah laa boy ke gurl kan sbb nureen dah ade sepasang....agak2 kak sya nak girl laa sbb leh jadi geng main masak2 die....emir plak mesti nak boy so boleh jadi geng main bola die heheheeheh

ape2pun moga nureen dipermudahkan sehingga bersalin nanti...

syu_hada said...

weiiii...tahniah!!!! hahahahaha...
xsangka kita dekat2 kita mengadung..aku pun mengudung dk nih..baru 18 minggu...kira dua2 anak kita sebaya la ek...tahniah weiii...

+ e.z + said...

5 bln dh kan? lioke....
tahniah lagi sekali.... :)

wantie said...

tahniah... ni la namanya diam diam berisi

emarieys said...

Alhamduillah..tahniah nureen.

COCONUT SHAKE KLEBANG, MELAKA

assalamualaikum.....  moga ada rezqi lagi..  bye... _________________________________________________________________________________ ...