Friday, February 1, 2013

j.a.n.g.g.u.t

assalamualaikum
autopublish

bila nureen dpt satu link nih dr daddy
dr nk kuaq p lunch terus masuk opis balik
ambik masa sat untuk baca
sekejap jerr

 Hikmah janggut dalam perkahwinan di sebalik sunnah Rasulullah S.A.W


gambar selingan.. hehehe

Sabda Rasulullah SAW,
”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.

Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Hukum Memelihara Janggut

Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras.


Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:-
"Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu” (Ibnu Hibban)

Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" diberitakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah SAW. Tatkala melihatkan ini Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut."


Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.

Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-hakam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.

Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini. Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.

Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Caranya bagaimana? 
Hanya melalui sentuhan.
Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi,
mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

nak link dia x??
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=402895
nilah n3 paling panjang pernah nureen buat
tu pon bukan nya nureen taip tapi copy paste
ehehee....
______________________________________________________


jom singgah sebentar





13 comments:

MAZLIZA ABD RAZAK said...

husband saya pon ada janggut, tapi sjemput :)

Unknown said...

hehe..laki sy pon ade..sideben pon ade..ekeke

el said...

suami saya pun ada janggut hahahaha

Tie HT said...

sunnah rasulullah s.a.w.. :)

Unknown said...

info yang bagus nih.. thanks nureen..:)

nanti nak bagi hubby baca lah..:)

wantie said...

owh.. janggut my hubby yang ciput tu. selalu ai belai belai. hahahaha..

time nak mintak beli itu ini janggut tu le jadi mangsa. 90% tertunai tau.

Gieyana said...

ni cfm selalu hg main janggut hb hang...:-)

hb aq pon ada cuma sket jaa..aq x ks dia simpan pjg sgt..nnt semakk...susahhh...kahhh..:P

Syima ~Mama Kyra~ said...

papa kyra pun simpan janggut tp xdela selebat papa ellesya =D

TecerWidad said...

aku baru nak kagum hang tulis panjang. hehehe

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

simpan janggut sunnah Rasulallah S.A.W

LYAfrina said...

fain pon simpan janggut.. tp mmg x brape nampak.. klo duk dekat nmpkla skit2

mummyrinazone beauty said...

hubby nurul ada janggut tapi tak panjangpun.cket jer=)

LiYa HaNiF :: said...

daddy qalesy atak ada janggut hehe

COCONUT SHAKE KLEBANG, MELAKA

assalamualaikum.....  moga ada rezqi lagi..  bye... _________________________________________________________________________________ ...