Tuesday, September 10, 2013

majlis raya TM 2013

assalamualaikum

jom kita combine 4 majlis skali gus
raya3x... hehehee

1st :  Exchange TM Bukit Mertajam, Penang
21 aug 2013 ; 14 syawwal

ni antara unit nureen sebelah pulau & tanah besar
wahhh... menu jerr nureen snap
lapar sgt smpi member2 pon x der snap gambo haha

biskut raya, tembikai, kek
bihun goreng, mee udang, laksa johor
ketupat, nasi himpit, agar2
perghhh... nureen lepak smpi petang sbb ada meeting hehe

2nd : Kompleks tabung Haji, Bayan Lepas Penang
22 aug 2013 ; 15 syawwal
TM Northern
yang ni semua staff TM penang di jemput
tp yg hadir x la semua kan...
sapa yg free jerr pegi...
ada majlis penyampaian sijil 
staff nureen pon dapat
anugerah anggota terbaik
ada gak gang nk lepak
aina ni dok kat exchange lain tp jarak kami x jauh
antara tetamu yg hadir

3rd : Excange TM Gelugor, penang
04 sept 2013 ; 28 Syawwal
semua staff Excgn TM GLR & Contractor
dan tetamu jemputan
kambing golekkkk
tapi kami x golek kat opis la
golek dah kat tuan kambing tu
kami juz potong jerr
nasi arab, acar timun, tembikai
nasi himpit, kuah kacang, roti jala, kari ayam lupa snap haha
ketupat, serunding, kueh siput
samprit, makmor, bahulu

puding laici & maruku
sebelum majlis bermula
pakat gotong royong la....
ellesya kat blkg tu dok request lagu raya kot hehe

ni copy dr google unit
semangat kak ros (kanan) potong daging yerr
tengok rusuk kambing tue, habis kena kikih tau!!
nureen pon tak ketinggalan tau
tu paha kambing yg siap di cincang hahaha
sampai tinggal tulang U
ellesya x pegi tadika sbb baru nk kebah demam
plan nk bwk g clinic klau bdn dia still suam2 kuku
merajuk la sbb nureen x bg dia potong
yerr la pisau tu kan tajam
ellesya ni rajin orgnya
posing manja gitue
majlis dimulai dengan bacaan doa

yg bertudung merah tu la bos baru nureen
sporting abesss....
best kan k.ina (bertudung choclate).. 
alaaaa dalilah awat x tgk camera ( bertudung oren)
aina comeyy aih (bertudung hitam)

amboi... jd model plak kat c2
manja la tewww
penyampaian sijil2 kat contractor
dok panggil suruh nureen snap gambo control macho depa
machoo kerr????
last sebelum mkn...
harussss posing abesss.....

kelab tiaranita
06 Sept 2013 : 30 Syawwal

alhamdulillah.... dah lama x join majlis mcm ni

sebelum majlis mula
sempat lagi posing ngan dilla 
 sempat lagi tu
ust dok ceramah kat depan, kami kat blkg dok posing haha
dak aihh... sekeping ni ja hehe
dr kiri : aina, nureen & dilla
bila dgr ceramah
risau pon ada
skrg ni, mknan mcm2 yg d juai
ramuan plak jenis tulis kod
yg kod tue la bahaya...

salah satu makanan sunnah nabi
nureen beli dr ust yg bg ceramah, juz RM 39
alhamdulillah... anak2 & suami terima perubahan yg cuba nureen terapkan
insyaALLAH akan kami amalkan untuk kesihatan

kebaikkan minyak zaitun
utk pengetahuan : myk zaiton ni tak semua sama tau
klau minyak zaitun yang di jual di pasaraya tu
sesuai utk masak sebabnya dh di tapis byk kali

untuk kita minum
minyak zaitun yang diperah & tidak di tapis langsung
maksudnyerr pure la
slalunya klau pure ni, kita beli, terdapat mcm serdak @ hampas la kat bwh botol tu

minum setiap pagi sebelum sarapan & sebelum tidoq
1 sudu besar utk dewas & 1 sudu kecil utk anak2
anak2 alhamdulillah
ellesya siap ckp : 
mummy, walaupon x sedap tapi bagus utk kesihatan kan

bila kita minum
segala toksik @ lebihan lemak @ penyakit dlm badan akan keluar melalui perkumuhan

jom nureen kongsi ckit
apa yg nureen dengar dlm ceremah lepas

nak baca lebih lagi @ tambah info
click cini

kebaikan minyak zaitun :

1. Menggalakkan kesihatan jantung
Minyak zaitun adalah sebuah khazanah lemak monotaktepu dan antioksidan yang mengurangkan tahap LDL (buruk) kolesterol. Jadi ia melindungi diri kita terhadap penyakit kardiovaskular dan masalah jantung yang lain. Ia juga menghalang lemak tersumbat dalam arteri dan mengurangkan risiko serangan jantung.

2. Mengurangkan risiko kanser
Minyak zaitun kaya dengan polifenol yang bekerja sebagai antioksidan juga mempunyai ciri-ciri anti-radang. Hasilnya, ia membantu untuk mengurangkan risiko tekanan oksidatif dan keradangan kronik dalam sel-sel. Kajian mendapati, minyak zaitun dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Ia juga membantu dalam mengurangkan risiko kanser saluran pernafasan dan saluran penghadaman.

3. Mengawal paras gula dalam darah
Minyak zaitun kaya dengan lemak monotaktepu yang menggalakkan tahap insulin yang sihat. Hasilnya, minyak zaitun membantu untuk mengekalkan paras gula darah. Ia biasanya disyorkan oleh doktor untuk orang yang mengidap penyakit kencing manis jenis 2 dan pesakit diabetes yang mempunyai risiko penyakit jantung.

4. Mempunyai ciri-ciri anti-radang
Seperti yang disebutkan tadi, minyak zaitun mempunyai ciri-ciri anti-radang yang memastikan bahawa membran sel tinggal cecair dan dapat menggerakkan nutrien yang sihat ke dalam sel dan membuang bahan buangan keluar. Ini membantu untuk mengurangkan risiko arthritis dan asma.

5. Membantu untuk mengurangkan lemak
Minyak zaitun tidak mengandungi banyak lemak tepu tetapi ia tidak mengandungi apa-apa jumlah lemak tepu, yang dikenali untuk menambah lapisan dan lapisan lemak yang tidak sihat kepada badan anda. Oleh itu, dengan memasukkan minyak zaitun untuk diet biasa anda, anda boleh kehilangan lemak badan yang berlebihan, walaupun jika anda tidak melakukan aktiviti fizikal yang banyak.

6. Menggalakkan pembentukan tulang yang sihat
Minyak zaitun mempunyai sejumlah besar oleates yang berkhidmat untuk menggalakkan kalsifikasi tulang dan mineral. Hasilnya, ia adalah makanan penting bagi bayi serta orang-orang tua, yang mengalami osteoporosis.

7. Menggalakkan kebolehan kognitif
Kajian mendedahkan, minyak zaitun mempunyai keupayaan untuk menggalakkan perkembangan otak. Ia juga telah mendapati bahawa tempat di mana orang membuat minyak zaitun, kurang cenderung untuk mempunyai demensia.

8. Membantu sistem penghadaman
Minyak zaitun dikenali untuk mengubati ulser, sembelit dan jangkitan dalam saluran penghadaman. Ciri-ciri anti-radang yang membantu dalam menyembuhkan isu pundi hempedu dan jangkitan saluran kencing juga.

9. Melambatkan proses penuaan
Minyak zaitun kaya dengan antioksidan seperti vitamin E dan K. Ia juga mempunyai polifenol yang melambatkan proses penuaan. Asid lemak menjadikannya arteri lembut dan meningkatkan kelembapan kulit. Oleh itu, ia sering dirujuk sebagai ‘minyak kecantikan’.

10. meningkatkan imuniti badan
Minyak zaitun mempunyai ciri-ciri anti-radang yang membantu melindungi tubuh daripada jangkitan dan menggalakkan penyembuhan tisu. Akibatnya, orang-orang yang mempunyai minyak zaitun secara tetap dikatakan mempunyai kuasa imuniti yang lebih tinggi.

InsyaALLAH dengan izinNYA



KESIMPULAN (copy dr info cini


Setiap makanan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Namun hanya Allah SWT yang layak memberikan kebaikan dan kesihatan kepada kita. Janganlah kita menganggapkan makanan ini yang memberi kita kesihatan. Ia hanyalah sekadar usaha kita untuk mendapatkan kesihatan.Percayalah dengan nama Allah, Insya-Allah akan dapat keberkatan dan kebaikan.

jom tengok plak menu raya kami
 rendang ngan ketupat, kuih raya
kek oren & choclate
 nasi tomato
 bihun soto
2 kali nureen ulang makan tau... haha
roti jala, nasi himpit & kuah kacang
mmg melantang abess :)

dah abes cerita raya...
hehhee

nureen EL lagi
bb sitter mintak cuti :)
_________________________________________________________
jom singgah


15 comments:

Rozie said...

nureen .. meriahnyer... best best... kami buat kecil kecilan jer..

apapun tq bagitau... emm memang serik nak ke rest macam tu kalau nak makan cari yg melayulah kan.. huhu emm

majlis raya kami yg lepas.. meriah dgn gambao jer. huhu
http://sayangkudinadania.blogspot.com/2013/09/majlis-raya-ilkm-jawi-2013-simple-tapi.html

Anum said...

meriahnya
thanks for sharing

eima said...

nice Sharing bab ilmiah tu ...

meriah betui byk nye majlis TM ek ..syok

juelee said...

meriah sambutan raya TM northern hehehe.. jue pun amalkan evoo and apple cider.. back to sunnah nabi..

el said...

molek lah tu pas mkn byk2 tu mkn olive oil..leh buang toksin hehehe

mmg dr dulu olive oil ni mmg bgus
even dlm mskn pun mmg elok pki myk ni..tp tu tuk mskn

skun mcm2 olive oil org buat tuk kesihatan..

mama tisya said...

lpr tgk makanan tu smua

lieyalatif said...

meriahnye nureen...mcm2 ade hah...paling syok ade kambing tu...lieya ni dah le peminat kambing...nampak sedap tu kambing nyeerrr....

ellesya rajin betul nak tolong potong timun tu...seriau tgk pisau tu..seb baik nureen tak bagi heheheheh...bagus anak dare nureen rajin...baju die cantik sgt....

Amzar said...

meriah sgt ...tq kossi info..sama kita amalkn...

Qhaifa Nur said...

amboi..meriah..semuanya bestlah
ellesya pun ada..cantik baju dia

Unknown said...

amboiii. meriahnye jamuan raya.
sonokkan bulan syawal.. asik makan2 jer.. hehehe

banyak betol khasiat minyak zaitun yer. lepas nih boleh cuba amalkan jugak~

NrlAidaHml said...

wahh meriahnyaaa..semua makanan sangat lazatt..hehee...pon ade kambing golek..adoi..terliurr..hihihi

wantie said...

wow..meriahnya makanan. kalau kak T la kerja TM, lagi lah montel. hahaha..

Nureen, minyak zaitun tu kan. kalau nak beli kat mana? boleh tulun belikan tak? K.T memang dok cari.

kayyana said...

kambing golek memang makanan wajib kalau ada open office kan.. hehe..meriah sungguh.. tgkla ellesya tu...bergaya mcm model pun ade.. hehe

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

tk leh tgk gmbr mknan..
lapar dh aku..kahhh!

olive oil mmg elok utk kesihatan..
ak kdg2 beli..kdg2 tk..

ust tu jual brp ha?
duk beli yg jual kt tesco tu..

OKje said...

Tengok makanan mlm mlm ni yg tak menahan okje ni ....Nureen lagi lagi kambing golek hehe....
Olive oil mmg byk khasiatkan...

COCONUT SHAKE KLEBANG, MELAKA

assalamualaikum.....  moga ada rezqi lagi..  bye... _________________________________________________________________________________ ...